Thursday, November 13, 2008

BLUESIN24..KUOTA 50% KEPADA BUMIPUTERA

ALOR STAR: Keputusan kerajaan negeri menaikkan peratusan kuota Bumiputera bagi pemilikan perumahan di negeri ini boleh dikaji semula dan dipertimbangkan mengikut kesesuaian.
Iklan

Hal ini sama sepertimana polisi-polisi lain yang ada di dalam negara ini termasuk kuota kemasukan ke universiti dan seumpamanya.
Menjelaskan kepada media perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Wisma Darul Aman, lewat petang 29 Oktober baru-baru ini, Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mahu semua pihak melihat perbezaan antara polisi kerajaan dengan enakmen.
Katanya, berbeza dengan polisi, sesuatu enakmen memerlukan kelulusan dari sidang Dewan Undangan Negeri.
Oleh itu ujarnya, tidak perlu ada kebimbangan kepada semua pihak bahkan Menteri Besar menegaskan kerajaan negeri juga tidak mahu mana-mana pihak teraniaya.
Beliau turut memberi jaminan kepada pemaju bahawa kerajaan negeri akan menetapkan mekanisme agar setiap unit rumah dapat dijual.
"Polisi 50 peratus ini berdasarkan antara tujuannya untuk keharmonian. Kita tidak mahu ada perbezaan ketara dari segi hak milik rakyat dalam negeri. Polisi seperti ini pernah dilaksanakan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk merapatkan jurang golongan berada dan tidak berada satu ketika dahulu," katanya menerangkan.
Menurutnya, perumahan di Kedah adalah berdasarkan status tanah dan pembahagiannya berbeza antara setiap negeri di Malaysia. Beliau turut memberikan contoh pembahagian peratusan berbeza antara beberapa negeri yang dimaksudkannya.
"Di Kedah sebenarnya kita beri 50-50 untuk semua tanah yang berada dalam masalah 'swapping'. 'Swapping' ini bermaksud asalnya tanah itu Rizab Melayu, kemudian kita tukar jadikan milik bebas.
"Maka amalan sebelum ini bila ia jadi hak milik bebas, pembahagiannya jadi 70 peratus kepada bukan Bumiputera dan 30 peratus untuk Bumiputera. Jadi ini timbul tidak adil kerana asalnya tanah itu Tanah Rizab Melayu telah berlaku 'swapping', kerana itu kita beri 50 peratus," terangnya memperincikan.
Katanya lagi, kerajaan negeri turut melihat bahawa masih ramai Bumiputera di Kedah tidak mempunyai rumah. Memandangkan bilangan orang Melayu atau Bumiputera adalah 1.5 juta daripada 1.9 juta rakyat Kedah, maka menurutnya, wajarlah diimbangkan dengan polisi tersebut.
"Kita terima rungutan dari rakyat majoriti yang berhasrat untuk membeli rumah, tetapi rumah sudah dijual, kuota terlalu sedikit. Bila Bumiputera datang beli kata 'sold-out' (habis) atau 'already booked' (sudah ditempah), jadi kita terpaksa menaikkan peratusan ini," maklumnya.
Malah menurut beliau, rata-rata rakyat tidak berkemampuan untuk memiliki rumah selama ini kerana harganya yang mahal. Oleh itu, katanya, tidak akan timbul rumah tidak dapat dijual jika harganya mampu dibeli.
"Saya sendiri tidak berani untuk beli rumah RM300,000, saya tiada duit. Wakil rakyat pun tidak berani beli rumah sampai RM400,000. Kalau dibuat rumah hingga RM400,000 memangpun ramai tidak mampu beli," akuinya.
Melalui polisi, kerajaan negeri katanya boleh menetapkan supaya tanah di Kedah hanya dimiliki oleh penduduk negeri ini. Pun begitu jelas beliau, Kerajaan negeri terbuka dan orang luar juga boleh membeli tanah di Kedah.
"Patutnya kita tetapkan untuk 'Kedahan' (rakyat Kedah) sahaja, ambil 02 punya IC (kad pengenalan) sahaja. Jadi (kesimpulannya) polisi ini ia boleh berubah. Bila keadaan sudah stabil, kita akan kembali biasa. Jadi bila sampai satu masa kita akan selaraskan dan imbangkan semula peratusan ini," ujar beliau menyatakan jaminan.
Sementara itu, mengulas pertanyaan wartawan berhubung kenyataan Naib Presiden MCA, Dato' Liow Tiong Lai yang meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam, Ustaz Azizan melontarkan pandangan bahawa keadaan belum mengizinkan untuk perkara itu dilaksanakan.
"Ini bukan soal hapus tidak hapus, dulu peratus ini untuk membolehkan rakyat sama-sama syer pembagian ekonomi negara. Pasai apa tiada angin tiada ribut pergi sebut perkara ini? Mungkin dia hendakkan publisiti murahan sebab dia pimpinan baru.
"Saya tidak mahulah campurtangan rumahtangga mereka, tetapi dalam konteks saya sebagai rakyat dan kebetulan kita orang Melayu dan India agak terkebelakang penglibatan kita dalam ekonomi dan seumpamanya.
"Kita hendak menyenangkan semua orang, kita cuba untuk menyenangkan orang kepada haknya. Sepatutnya kita kena tolong-menolonglah dalam satu masyarakat," kata MB

Wednesday, November 12, 2008

Bluesin 4

Sedapnya coklat dari "PUTERI PUDING" nie...nyam2..ingat juga dia kat aku....
dia suka aku rasanya...kikik...aduh!!esok nak Johor palk..malasnya aku...HELP!!HELP!!
Bosannya keje....nak balik kg lah noreh getah...3 hari sekali ambik hasil...kaya ooooooo...
sakilo RM5 tau...klu ader 1000 pkok..BAYANGKAN...

Monday, November 10, 2008

Bluesin 3

Dulu si PUTERI, Sekarang PUTERI PUDING...rasanya dia syok kat aku kot...molek gak

bila dipandang..manisnya....rajin dia bagi buah tangan kat aku...aku jer belum pernah

bg pe2 kat dia...APER YER AKU NAK KASI PUTERI PUDING nie????Iye lah,dah lama aku xbercinta nie...klu aku malu,smpai bila2 pon xkan dpt sorang pon....hehe....
PUTERI PUDING kan ader...nak sambarlah....kali nie nak serius sikitlah...
mana tau kot2 ader jodoh.....INSYAALLAH.....AMIN.........Doa2 kan lah yer...........

Sunday, November 9, 2008

Bluesin 2

HELP!!HELP!!Bosannya....saper yg bley tolong....ROSMAN2x...xsangka ko bley jg mcm 2...
aderlah mbr aku ms study dulu,ROSMAN msg aku stelah skian lm xdgr kabar...
Puas bertanya saper dia....main2 plak dia...ingatkan msg dr pmpuan ka....rupe2nya ROSMAN...
dah 2 hari aku msg dgn dia,lain mcm bila aku baca msg dia...mulalah aku pkir dia GAY...
nakalnya aku pkir dia sampai mcm 2 skali....bukannya aper,dah dia msg ala2 pompuan...
mulalah aku dgn niat nak kenakan dia....Xpelah..layan jelah...jgn jd mcm si SAIFUL udah....
kikikikkk....

Thursday, November 6, 2008

Bluesin 1

Idup nie xlah bosan sgt,,berpunca dr kita gak sbb masih dok menyendiri...
i rindu sgt lat kat insan yg pernah aku syg...aper khabar agaknya dia...
oklah,aku gelarkan dia "PUTERI"...sejek keje nie,,xlah bosan sgt,,cuma trtekaan gak..
ala..biasalh namanya pon keje...KERJA.KERJA.KERJA....
Hari nie rasanya nak p tgk wayanglh,,,tp dgn saper yaaa..."BOROI"!!xmolah aku,,,wpon dia mbr baik aku...tp aku paling menyampah dia....Ader kete pon xtau nak p mana...
Aduh!!!aku kne siapkan agreement nie...tension btol aku....AKU NAK GIGIT DIA.........

SMILE..............

EVERY WORLD,
EVERY MEET,
THE RELATION BUILL...
BUT THE BEST RELATION IS THAT ALLOW US FLYING MORE HIGH WITHOUT SHAKE.....